Nama Pensyarah
PN. NURUL FUADDI BINTI SULAIMAN
Kod subjek
DUB1012
Jabatan
KEJURUTERAAN AWAM
program
DIPLOMA GEOMATIK
Nama Ahli
Nurin Nabihah Binti Mohd Habibullah (02DGU18F1030)
Nur Nisa Ariaty Binti Mohamed Rofli (02DGU18F1034)
Rabiah Binti Muhamad Nor (02DGU18F1038)
Rabi'atul Amirah Binti Ismail (02DGU18F1106)
Kelas
DGU1A
Penghargaan
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan e-folio dengan jayanya.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Nurul Fuaddi kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tugasan ini.
Tidak lupa juga kami kepada rakan-rakan sekumpulan yang turut memberikan kerjasama semasa menyiapkan tugasan ini.
Sekian terima kasih.
Pengenalan
Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah.
Terdapat sebuah sistem selari Mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap undang-undang Islam (syariah) negeri. Mahkamah-mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang melibatkan orang Islam, dan umumnya tidak boleh mengenakan hukumanmelebihi tiga tahun pemenjaraan, denda melebihi RM5,000, dan/atau hukuman merotan melebihi enam kali.
Kejayaan pertama dalam usaha melestarikan undang-undang Islam dan undang-undang sivil di Malaysia adalah melalui penggubalan Enakmen/Akta/Ordinan yang terpakai di Mahkamah Syariah, termasuklah Enakmen Acara Jenayah Mahkamah Syariah dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Undang-undang ini digubal dengan mengambilkira acara-acara yang dipakai di Mahkamah Sivil melalui peruntukan-peruntukan yang sama sebagai acuan, dan diubahsuai agar selaras dengan undang-undang Islam. Malangnya, sehingga kini, kebolehterimaan dan pemakaian prinsip di antara kedua-dua undang-undang ini, masih lagi menjadi fokus utama perbincangan, perdebatan dan kajian.
Kejayaan pertama dalam usaha melestarikan undang-undang Islam dan undang-undang sivil di Malaysia adalah melalui penggubalan Enakmen/Akta/Ordinan yang terpakai di Mahkamah Syariah, termasuklah Enakmen Acara Jenayah Mahkamah Syariah dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Undang-undang ini digubal dengan mengambilkira acara-acara yang dipakai di Mahkamah Sivil melalui peruntukan-peruntukan yang sama sebagai acuan, dan diubahsuai agar selaras dengan undang-undang Islam. Malangnya, sehingga kini, kebolehterimaan dan pemakaian prinsip di antara kedua-dua undang-undang ini, masih lagi menjadi fokus utama perbincangan, perdebatan dan kajian.
Undang-undang sivil mempunyai sekurang-kurangnya dua makna.
Jika undang-undang sivil merujuk kepada sistem undang-undang, maka ia adalah undang-undang yang berdasarkan undang-undang Rom yang dipopularkan Kod Napoleon yang diamalkan di kebanyakan negara-negara Eropah (untuk makna ini, sila rujuk kod sivil).
Makna kedua ialah nama umum kepada sekumpulan undang-undang yang mengawal hak dan tanggungan (liabiliti) sivil antara individu dengan individu, individu dengan masyarakat dan masyarakat dengan individu. Makna kedua ini yang dimaksudkan di dalam rencana ini. Di England dan Wales, undang-undang sivil termasuk undang-undang bukan-jenayah.
Undang-undang sivil di dalam sesebuah negara, ada banyak. Undang-undang yang termasuk di dalam kategori undang-undang sivil adalah, di antaranya, seperti berikut:
- Undang-undang kontrak
- Undang-undang tanah
- Undang-undang syarikat
Sejarah Penubuhan Mahkamah
i. Sebelum penjajahan Inggeris, Undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu, buktinya Hukum Qanun Melaka, yang merangkumi bidang jenayah, muamalah, keluarga, acara keterangan serta undang-undang pentadbiran dan pemerintahan.
ii. Selepas penjajahan Inggeris – aspek agama dan pentadbiran dipisahkan. Undang-undang Islam hanya digunapakai dalam aspek kekeluargaan sahaja, serta tertakluk di bawah bidang kuasa Inggeris.
iii. Tahun 1880 – Ordinan Perkahwinan Muhammad diwujudkan yang membawa kepada penubuhan Mahkamah Syariah.
iv. Tahun 40-an – kuasa pentadbiran Hal Ehwal orang Islam diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam Islam negeri-negeri.
v. Tahun 1989 – Pentadbiran Mahkamah Syariah dipisahkan daripada Majlis Agama Islam Negeri.
vi. 1998 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyususn semula Mahkamah Syariah.
Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
i. Bidang Kuasa Mal ·
pertunangan,perkahwinan,perceraian,pembatalan perkahwinan atau perpisahan. · pelupusan/tuntutan harta perkara (1) · nafkah,kesahtarafan,hadhanah. · pembahagian /tuntutan harta pencarian. · wasiat/pemberian ketika hampir mati seseorang Islam. · pemberian sesama hidup · waqaf/nazar · menantu/membahagikan harta berwasiat / tidak berwasiat orang Islam · perkara lain yang berkaitan dengan bidang kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
PERSIDANGAN KETUA-KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJU’ DAN KETUA-KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KEENAM TAHUN 2018 11 JULAI 2018
PUTRAJAYA: Persidangan Ketua-Ketua Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri dan Ketua-Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia kali Keenam Tahun 2018 pada 11 Julai 2018 diadakan di Aras 5, Bilik Mesyuarat Utama, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.
Persidangan kali ini dianjurkan oleh JKSM selaku tuan rumah dan dipengerusikan oleh YA Dato’ Haji Yusof Bin Musa Hakim Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sementara pengerusi bersama bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diwakili oleh YBrs. Tuan Ruslan Bin Said, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti.
Ahli persidangan terdiri daripada Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), Pengarah Bahagian Latihan, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri, Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ Negeri-negeri serta urus setia BPKR, JKSM dan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.
Persidangan kali ini turut membincangkan Pelaksanaan Pemakaian Standard Operating Procedure (Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan) SOP 4P di Negeri-negeri dan Cadangan Standard Operating Procedure (SOP) Perkahwinan Bawah Umur. Di samping itu, pengisian persidangan turut berkongsi maklumat melalui slot taklimat agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Bahagian Visa, Pas dan Permit , Jabatan Imigresen.
Persidangan kali ini dianjurkan oleh JKSM selaku tuan rumah dan dipengerusikan oleh YA Dato’ Haji Yusof Bin Musa Hakim Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sementara pengerusi bersama bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diwakili oleh YBrs. Tuan Ruslan Bin Said, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti.
Ahli persidangan terdiri daripada Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), Pengarah Bahagian Latihan, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri, Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ Negeri-negeri serta urus setia BPKR, JKSM dan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.
Persidangan kali ini turut membincangkan Pelaksanaan Pemakaian Standard Operating Procedure (Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan) SOP 4P di Negeri-negeri dan Cadangan Standard Operating Procedure (SOP) Perkahwinan Bawah Umur. Di samping itu, pengisian persidangan turut berkongsi maklumat melalui slot taklimat agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Bahagian Visa, Pas dan Permit , Jabatan Imigresen.
ii. Bidang Kuasa Jenayah ·
Untuk kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara 3 tahun atau denda RM5,000.00 atau sebat 6 rotan atau kedua-duanya sekali.
Peranan Mahkamah Syariah:
i. Khidmat nasihat
ii. Menyelesaikan kes
iii. Memberikan maklumat perundangan kepada orang ramai
Mahkamah Sivil
pemakaian prinsip undang-undang sivil dalam penghakiman di pemakaian prinsip
undang-undang sivil dalam penghakiman di Mahkamah Syariah juga menunjukkan bahawa
prosedur-prosedur yang terpakai di Mahkamah Sivil selama ini adalah bertepatan dengan
falsafah perundangan Islam kerana ianya tidak bertentangan dengan Hukum Syara’.
Melalui pemakaian prinsip undang-undang sivil di Mahkamah Syariah juga secara tidak
langsung menunjukkan bahawa hakikatnya jurang diantara kedua-dua sistem ini semakin
dekat dan rapat.
Kes Indira Ghandi
ULASAN l Tanggal 29 Januari 2018 adalah tarikh yang cukup signifikan buat Indira Gandhi yang sekian lama berjuang mencari keadilan untuk diri dan anak-anaknya.
Keadilan sebagai isteri, ibu dan bahkan seorang rakyat minoriti dalam negara ini.
Keputusan Mahkamah Persekutuan meleraikan kekusutan dalam isu bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah terhadap apa-apa yang berkaitan dengan agama Islam.
Kekusutan yang telah berlanjutan ini memberi gambaran negatif mengenai pentadbiran agama Islam di Malaysia, seolah-olah badan agama ini dengan sengaja mencampuri urusan agama lain dan tidak bersikap toleransi.
Salah faham ini jika tidak ditangani segera menambahkan ruang pergeseran antara agama dalam negara ini.
Kes Indira Gandhi bermula apabila suaminya memeluk agama Islam dan mengambil secara sepihak menukarkan agama ketiga-tiga anaknya menjadi penganut Islam.
Pendaftar Mualaf Perak telah mengeluarkan sijil penukaran agama kepada tiga anak Indira itu walaupun mereka tidak pernah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Pendaftar.
Fakta ini jelas dan tidak dipertikaikan.
Suaminya juga dengan sengaja memohon hak penjagaan tiga anak itu dengan Mahkamah Syariah tanpa menyelesaikan urusan perkahwinan di mahkamah sivil.
Tidak cukup dengan itu, suaminya telah mengambil anak bongsu mereka yang ketika itu masih berusia 11 bulan tanpa pengetahuan Indira dan sehingga kini, tiada khabar berita.
Perlu diingatkan, perkahwinan antara Indira dan suaminya adalah perkahwinan sivil yang didaftarkan di bawah Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Penceraian) 1976.
Sejak awal lagi, mereka bukan Islam dan ketiga-tiga anak mereka beragama Hindu. Titik kekalutan bermula apabila suaminya memeluk Islam dan menukarkan agama kesemua anaknya ke dalam agama Islam tanpa keizinan Indira.
Tahu-tahu sahaja, kesemua mereka diisytiharkan sebagai orang Islam.
Kesimpulan
Perbincangan memperlihatkan tidak ada percanggahan dan konflik di antara bidang sivil dan syariah. Bidang sivil mempunyai hak dan kuasa secara luas, manakala mahkamah syariah mempunyai hak dan bidangnya yang tersendiri yang tidak boleh dicampur tangan oleh pihak sivil.
Persoalan yang berhubung dengan bidang perundangan Islam hendaklah diurus di bawah bidang syariah.. Orang bukan Islam tidak dipaksa ke mahkamah syariah, mereka boleh memberi kerjasama membantu melicinkan perjalanan mahkamah syariah seperti memberi keterangan dan sebagainya.
Sebaliknya orang bukan Islam tidak boleh membawa persoalan yang berhubung dengan mahkamah syariah ke mahkamah sivil. Adalah tuduhan yang melulu dan tidak berasas jika dikatakan mahkamah syariah memberi keadilan kepada penganut Islam semata-mata.
Lampiran
Rujukan
- Muhamad Zaini Bin Yahya , Zamri Bin Abdul Rahim , Afendi Bin Sahi . Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 5 . Dewan Bahasa Dan Pustaka
- https://www.researchgate.net/publication/322405803_Pemakaian_Prinsip_Undang-undang_Sivil_Dalam_Penghakiman_Kes_Di_Mahkamah_Syariah_Satu_Kajian_Kes
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_sivil
- https://www.malaysiakini.com/news/410664
- http://www.esyariah.gov.my/portal/page/portal/Portal%20E-Syariah%20BM/Portal%20E-Syariah%20Direktori%20Mahkamah/Portal%20E-Syariah%20Direktori%20Selangor
- http://www.jakess.gov.my/v4/index.php
good
ReplyDeleteWaaaaa
ReplyDeletewuuuu
Delete